Hantu Malaysia

Percakapan dua hantu malaysia yang sudah mati.

Berikut percakapan mereka :

Hantu 1 : Bagaimana kau boleh mati?
Hantu 2 : Aku mati akibat kesejukan...
Hantu 1 : Macam mana rasanya mati dlm kesejukkan tu?
Hantu 2 : Sebenarnya aku terkurung dalam peti es...mula2 aku cuma menggigil, lepas tu anggota aku mula membeku, kemudian aku rasa dunia aku gelap dan akhirnya.....tapi aku
              rasa bersyukur kerana aku mati tanpa banyak kesakitan....
Hantu 1 : Ishhh...kesiannya kau
Hantu 2 : Kau pulak, macam mana kau boleh mati....?
Hantu 1 : Aku kena serangan sakit jantung...
Hantu 2 : Oooo...macam mana kau boleh kena serangan sakit jantung?
Hantu 1 : Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang. Suatu hari, aku balik ke rumah secara mengejut. Aku nampak ada kasut lelaki dekat depan pintu.
              ku tahu mesti isteri aku sedang bermesra dengan jantan lain.. Aku berlari masuk bilik tidur, cuma ada isteri aku...aku
              tahu  mesti jantan tu bersembunyi dekat mana2..aku lari masuk bilik air, tak de juga, kemudian aku lari ke tingkat bawah,
              tengok dalam setor, pun tak ade...aku lari naik tingkat atas  semula, tengok dalam almari.....sebab terlalu penat aku berlari
              lalu aku kena sakit jantung...memang sakit dan akhirnya....AKU MATIIIIIII
Hantu 2 : Alamak kau tak tengok dalam peti es...kalau tak, Kita berdua masih hidup lagi sekarang ni....
/

www.unikunik.web.id | Copyright © 2012